Minyak wangi bukan sekadar membangkitkan semangat dan keceriaan, sebaliknya haruman semerbak membuatkan penampilan lebih berkeyakinan serta selesa.
Rutin lazim sama ada lelaki atau wanita, sebelum bersiap ke pejabat, keluar bersantai atau ke mana saja urusan, tidak lengkap jika tidak menyeburkan minyak wangi pada tubuh.
Pengarah Kreatif Amouage, Christopher Chong, berkata penggunaan haruman ibarat pemilihan aksesori mampu mengubah penampilan individu.
Katanya, pemilihan haruman yang tepat mengikuti personaliti mambantu mengimbangi emosi sepanjang hari.
"Kandungan, bahan semula jadi popular seperti ekstrak bunga-bungaan seperti mawar mampu memberi kesan haruman lebih memikat dan segar.
"Penggunaan sandalwood memberikan kesan haruman yang anggun dan bergaya yang lebih sesuai untuk lelaki berbanding wangian berasakan bunga.
"Sekiranya anda seorang yang yakin, pilihan aroma berasakan elemen dramatik sangat sesuai. Sekiranya sekakan gara feminin haruman flora pasti menyerlahkan keyakinan.
"Jangan samakan cita rasa anda dengan individu lain. Ini karena setiap kesan pemakaian haruman berbeza mengikut tubuh dan gaya hidup seseorang,katanya.
Jenama wangian mewah antarabangsa,Amouage, yang baru-baru ini memperkenalkan Beach Hut Man & Women, umpanya adalah haruman terbaharu dikenali Koleksi Mekar Malam, harus anda memiliki karena baunya klasik dan tahan lama.
Beach Hut menceritakan keindahan,keharuman yang disulami dengan warna-warni bunga-bungaan termasuk bunga oren, galbanum dan daun pudina menjadikan penampilan jejaka lebih hebat.
Koleksi Beach Hut Women dengan campuran kayu-kayuan dan lislyang membentuk wangian imbasan yang sesuai untuk wanita.
Chong berkata, bagi memastikan wangian berkenaan lebih tahan lama,beliau memberi panduan seperti berikut:
Tip haruman kekal lebih lama:
1.Elak makan pedas sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam
2.Elak sembur terlalu dekat pada kulit
3.Sembur minyak wangi sebelum memakai baju
4.Calit minyak wangi pada nadi seperti tangan, belakang telinga dan leher
5.Jangan gosok minyak wangi selepas disembur
6.Semburkan pada rambut untuk tahan lebih lama
7.Sebelum beli di kaunter semburkan haruman ke tubuh
8.Biarkan beberapa minit untuk melihat kesan wangian itu bertindak balas dengan tubuh dan kulit
9.Biarkan haruman larut dengan keadaan sekeliling
0 Komentar