Kisah Ciuman Terakhir Suami Ke Isteri Tersayang Sebelum Akhir Hayat


Berita Harian - Setiap manusia pastinya ingin mencari pasangan yang akan setia hingga hujung nyawa. Namun kehidupan merupakan sesuatu yang tidak boleh di jangka. Kita tidak tahu bila waktu tepat dan siapa yang akan pergi dahulu.

Sebuah foto boleh mengungkap banyak cerita, dan inilah yang tertera dalam sebuah foto perpisahan terkahir sepasang suami isteri apabila si suami meninggalkan isterinya.

Bayangkan pasangan anda yang senantiasa bersama anda, bersama mengharungi susah dan senang, membesarkan anak-anak, dan walaupun ada masanya bertikam lidah, tidak lagi bersama anda lagi.

Pastinya tiada siapa yang bersedia untuk menghadapi perpisahan sebegini!

Pasangan tua yang dipaparkan dalam foto tersebut merupakan ibu bapa kepada jurugambar sendiri, di mana foto yang berjudul “Goodbye Kiss” tersebut telah mememenangi tempat pertama di Festival Filem Hong Kong.

Ayahnya telah sakit parah selama berbulan-bulan dan koma dalam tempoh yang agak lama.

Ajaibnya, lelaki tua tersebut yang berada dalam keadaan koma, tersedar sekejap lalu berbisik meminta kucupan terakhir dari isterinya.

Berkawan Sejak Berusia 7 Tahun 


Perkenalan suami isteri ini agak menarik, dan inilah yang menyebabkan hubungan mereka lebih istimewa. Ibu bapa Xu Yingwei bertemu ketika mereka hanya kanak-kanak, semasa itu mereka berusia kira-kira 7 tahun.

Kedua-dua mereka membesar bersama-sama dan apabila mereka mencapai usia dewasa, akhirnya mereka memutuskan untuk berkahwin. Beberapa tahun kemudian, keluarga mereka semakin membesar dan mempunyai cucu cicit sendiri.

Hingga Hujung Nyawa: Kesihatan Ayah Mula Merosot

Namun, apabila usia semakin meningkat, si suami mula mengalami beberapa masalah kesihatan. Pasangan tersebut sering berulang-alik ke hospital dan si isteri menjaga suami dengan penuh kasih sayang sehingga sakitnya sembuh.

Setiap hari, ibu Xi Yingwei setia menemani suaminya di hospital, menyuapkan makanan dan menguruskan segala-galanya walaupun pada usia yang tua.

Pada suatu ketika kesihatannya semakin merosot sehingga terpaksa diletakkan di kerusi roda bagi memudahkan pergerakan. Dia tidak lagi mampu berjalan sendiri, namun isterinya masih gagah menyorongnya ke sana sini termasuklah membeli-belah bersama dengan menolak kerusi rodanya.

Hari berganti hari, kesihatan suaminya semakin teruk dan tidak lama kemudian dia perlu diletakkan di unit penjagaan rapi. Si isteri yang tabah tetap berada di sisi melalui proses keseluruhan dan sentiasa berada di sana, memegang tangannya ketika dia akhirnya meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Saat kematian suami, dia merasakan seolah separuh dari dirinya hilang…pastinya sesiapa sahaja yang menghadapi keadaan ini akan sukar menerima hakikat sepahit ini namun redha dengan ketentuan Tuhan. Kehilangan besar ini pasti meninggalkan lohong besar dalam hati si isteri kerana mereka telah hidup bersama selama hampir 90 tahun!

Kisah ini merupakan satu peringatan untuk setiap pasangan lain untuk sentiasa menyayangi, dan menghargai betapa indahnya hidup berpasangan. Jika anda mempunyai pasangan yang memahami dan bersama anda saat susah dan senang, beritahu dia yang anda sangat mencintainya.

Posting Komentar

0 Komentar