Penyanyi Siti Nordiana tidak ralat mengorbankan masa rehatnya sjeak tiga tahun lalu memenuhi berbagai tawaran, sebaliknya menikmati setiap detik berharga itu dengan penuh syukur.
Katanya, ada ketika dia terlupa untuk mendapatkan rehat cukup kerana sibuk memenuhi berbagai undangan menyanyi dan berlakon. Namun, dia menghargai setiap peluang itu kerana tidak semua insan seni memperoleh tuah yang sama.
"Saya sukar mengatakan tidak. Apabila ada pihak mahu menggunakan khidmat saya, itu bermakna mereka menghargai dan mempercayai bakat saya.
"Saya bermula dalam bidang seni pada usia terlalu muda, selain sering berdepan berbagai dugaan dalam mengharungi pasangan surut kerjaya.
"Sekarang, tiada apa lagi yang ingin saya harapkan kecuali diberikan kesihatan yang baik supaya dapat memberikan hasil kerja yang maksimum, selain tidak lupa diri," katanya kepada BH Online
Pemilik nama sebenar Siti Nordiana Alias, 34, itu menceburi dunia seni suara pada 1999 ketika berusia 15 tahun album pertama, Gurindam Rindu Berkasih.
Populariti yang sinonim dengan lagu pop Melayu dan irama tradisional itu semakin mekar selepas bersangan dengan allahyarham achik, seterusnya mencipta fenomena tersendiri selepas menjuarai Gegar Vaganza musim kedua.
Sementara itu, penyanyi mestra disapa Nana memaklukan, baru pulang bercuti dari Bangkok, Thailand bagi menyegarkan minda dan mencari ilham baharu.
Bintang Klik! Pengantin Musim Salju itu berkata, pemergian selama tiga hari di temani beberapa rakan dianggap sebagai ruang untuk berehat sepenuhnya selepas tiga tahun sibuk dengan pelbagai aktiviti seni.
"Sebelum ini, saya pernah ke Madrid, Sepanyol dan Hokkaido, Jepun, tetapi atas urusan kerja serta penggambaran. Kali ini, saya betul-betul bercuti kerana kebetulan pula ada waktu senggan selama tiga hari.
"Jika tiada aral melintang, November nanti, saya mahu membawa anak, Muhammad Rayyan Nakhie bercuti di Tokyo,"tambah ibu tunggal itu.
0 Komentar