Minyak zaitun dari pada buahnya menjadi ekstrak yang mampu menawarkan banyak khasiat untuk kesehatan tubuh dan kecantikan kulit.
Sama ada di gunakan sebagai bahan sapuan atau dalam hidangan harian,kehebatan buah zaitun sudah di ketahui sejak zaman pemerintahan ratu cleopatra.
Sejarah turut mencatatkan pelbagai manfaat boleh diperoleh daripada buah zaitun, bermula daripada penjagaan kesihatan hingga menjadi bahan utama bagi menghasilkan produk kecantikan.
Buah zaitun yang matang mampu mengatasi pelbagai masalah kulit kerana kandungan nutrisinya berkhasiat,termasuk kandungan vitamin,zat besi,karbohidrat,serat,kalsium,magnesium,fosfot,beta-karoten,protein dan banyak lagi
Justeru,tidak hairan sekiranya buah itu digemari wanita manapun pengeluar produk kecantikan dari dalam atau luar negara.
Kulit perlukan nutrisi
Pengasas the olive tree,law hong mei, berkata kulit memerlukan nutrisi yang optimum agar kesihatannya terus terjaga.dengan penggunaan minyak zaitun,kulit akan selalu dilindungi,terutama bagi menghindari masalah kulit.
Katanya,buah zaitun ada khasiat berbagai vitami termasuk A,B1<B2,C,D,E dan K.oleh itu,tidak hairan jika nutrisi semula jadi buah itu dijadikan bagi setiap peringkat usia.
"Manfaat pertama minyak zaitun,mampu mengatasi masalah rekahan kulit akibat terllau kering dialami ramai wanita.
biasanya kulit hilang kembabpan kerana kekurangan nutrisi dan juga terlalu kerap terdedah kepada pencemaran cahaya luar atau udara ,"katanya ketika ditemui di rankai The Olive Tree,pusat beli-belah one utama,petaling jaya,baru-baru ini.
Katanya,masalah kulit wajah kering akan mengurangkan kecantikan diri wanita itulah penggunaan minyak zaitun diperlukan bagi memberikan kesan lebih menyegarkan,sekali gus menjaga kelembapan kulit
Kata hong mei,kandungan antioksidanbuah zaitun tinggi baik,untuk menyangkal serangan radikal bebas,malah boleh singkirkan serangan sel kanker kulit.
Elak kulit bersisik
"Minyak zaitun berupaya memberikan penjagaan menyeluruh untuk kulit tubuh dan muka.misalnya,jika tubuh mengering,ia menyebabkan struktur kulit kasar dan bersisik.keadaan ini sudah pasti menjelaskan penampilan dan keyakinan diri"katanya.
Mula memperkenalkan rangkaian produk penjagaan tubuh dan wajah berasaskan kemewahan buah zaitun sekitar 2015,katanya,buah itu juga mengandungi nutrisi penting bagi kesihatan kulit.
Hong Mei berkata,minyak zaitun mampu membantu menyingkirkan sel kulit mati yang menyebabkan tanda penuaan paling digeruni ramai wanita.
"Penggunaan minyak zaitun juga mampu memberikan kesan kulit lebih cerah,harus dan cantik berseri kerana kemampuannya untuk menanggalkan kesan kotoran degil pada permukaan kulit tubuh dan wajah anda.
Ia juga dapat menyegarkan dan merehatkan kulit,serta menghilangkan garis halus,terutama pada wajah,"katanya.
Hasilkan minyak berlebihan
Law berkata, minyak itu turut berupaya mengawal proses penghasilan minyak berlebihan pada kulit tubuh dan wajah yang sering mengakibatkan masalah jerawat.
"Nutrisi minyak zaitun berkesan mencegah jerawat dan menghilangkannya dalam masa yang singkat.kandungan vitamin E misalnya,penting dan baik untuk membantu kulit mengatasi penghasilan minyak berlebihan serta menyebabkan jerawat pada wajah,"katanya.
Selain itu,beliau katanya minyak zaitun boleh digunakan sebagai bahan antioksidan untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari.
"Kandungan antiokesidan yang kaya pada minyak zaitun juga membolehkan kulut bernafas secara semula jadi,biarpun disapu pada permukaan kulit bermasalah.
"Manfaat polifenol juga melindungi sel dari dari ancaman kerosakan dan bersifat antikeradangan di sebabkan akibat kulit terlalu lama di dedahkan kepada pencemaran dan cuaca panas."
Kongsi manfaat
Rangkaian produk The Oline Tree menampilkan pelbagai koleksi berasaskan khasiat buah zaitun untuk penjagaan menyeluruh.
Hong mei berkata,dengan menggunakan kelebihan buah itu bersama bahan semula jadi lain seperti bunga mawar,arang,avakado,lavender dan serai macademia,jenama produk diketengahkan itu membantu mengekalkan kelembutan dan kesihatan kulit serta rambut.
Katanya,sebagai ibu kepada dua anak berkulit sensitif,beliau sentiasa mencari produk penjagaan kulit yang bebas bahan kimia dan lembut untuk kulit mereka.
Khasiat minyak
Selepas mendapati kemewahan khasiat minyak zaitun membantu mengurangkan masalah kulit,saya bercadang untuk kongsi manfaat buah ini dengan pengguna,katanya.
The olive tree mengetengahkan rangkaian produk menggunakan buah zaitun sebagai bahan asas pada koleksi sabun buatan sendiri,sabun mandian cecair,losen,pupur dan syampu untuk kegunaan menyeluruhkan.
0 Komentar