Myanmar Lulus Kepulangan Ratusan Pelarian Rohingnya


Seorang pegawai bangladesh,hari ini berkata myanmar sudah meluluskan beberapa ratusan pelarian rohingnya daripada ribuan yang berada dalam senarai untuk kembali negara asal mereka.
namun beliau tidak memberikan petunjuk bila proses  yang tertangguh sekian lama itu akan bermula.

bangladesh dan myanmar,november lalu bersetuju menghantar balik tiga perempat daripada sejuta pelarian rohingnya tetapi perjanjian itu tergantung dengan kedua-kedua pihak saling menyalahkan satu sama lain susulan kekurangan persediaan.

myanmar setakat ini sudah meluluskan tidak sampai 600 nama daripada senerai lebih 8.000 pelarian yang disediakan bangladesh.

negara miskin di asia selatan itu menjadi hos kepada hampir sejuta pelarian rohingnya dalam kem di sepanjang sempadan tenggaranya dengan myanmar.

pegawai bangladesh yang memantau perjanjian penghantaran balik itu,mohammad abdul kalam, bertakat myanmar tidak memberikan butiran mengenai bila atau jika proses kontroversi itu dijangka bermula.

"tiada tarikh ditetapkan lagi,"katanya kepada wartawan.
ditanya bila proses itu akan bermula,kalam berkata beliau " tidak tahu".

Posting Komentar

0 Komentar